Posts Subscribe to This BlogComments

Follow Us

New Articles

1 2 3 4 5 6 7 8

Selasa, 11 Mei 2010


Masyarakat muda zaman sekrang ini banyak mempercayai horoscop yang berasal dari barat ni ..horoscop dikira mengikut bulan kelahiran seseorang, nama horoscop adalah aries, Taurus, gemeni, cencer, leo, virgo, libra, scorpio, sagitarius, capriocorn, pisce, aquarius,ramai orang mempercayai bahawa bintang ini memberi nabis yang baik dan buruk kepada seseorang,
Bahawa ada kajian mengenai horoscop ini dengan mengatakan" pergerakan bintang dilanggit mendorong seseorang mempunyai sikap, nasib baik atau buruk"
ini bertentangan ngan firman Allah dalam surah yaasin ayat 38

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿٣٨﴾
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ ﴿٣٩﴾
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ ﴿٤٠﴾

Artinya : “dan matahari berjalan ditempat peredarannya demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui. dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah Dia sampai ke manzilah yang terakhir) Kembalilah Dia sebagai bentuk tandan yang tua. tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS. Yasin : 38 – 40)

hanya Allah sahaja yang maha menegtahui apa yang ada di alam ghaib dan di alam nyata, apa yang akan berlaku dan hikmah yang telah berlaku, kita hanya brserah kepada Allah dengan tawaqqal dan doa kepadanya di samping usaha yang sewajarnya.tiada orang di lahirkan kerana kesialan pada hari tertentu atau pada masa tertentu, sesungguhnya manusia di lahirkan secara fitrah suci bersih ,

ليس منا من تطير أو تطير له ، أو تكهن أو تكهن له ، أو سحر أو سحر له


Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa hina atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.(Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir - no: 14770; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 2195)

Dalam hadis yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم


Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan dinilai Hasan oleh Syu'aib al-Arnouth - no: 9532).

namun jika kita perhatikan ramai masyarakat muda islam (terutama aweq2) yang perkaya kepada perkara yang karut marut ni..kalo tgk nama-nama nikc name kat yM tu mereka bubuh ngan nama2 horoscop mereka(budjek sedap,,hehhe)..mengapa perkara ini berlaku??

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من اقتبس علما من النجوم اقتبس شعبة من السحر زاد ما زا


Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.(Dikeluarkan Abu Daud - no:3950; Ibn Majah - no: 3726; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 793)

Firman Allah


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (QS Al-Maidah: 90)

Kalo kita paham dari firman Allah ciri-ciri orang yang berjaya adalah menjauhi perkara yang syaitan suke, antaranya adalah dengan menenung nasib, mungkin secara kasar memang tak nampak, mcm simple2 jek perkara hororscop ni tp dengan percaya untung dan nasib baik da buruk di sbbkan bulan ni sedikit sebnyak menjejaskan aqidah kita,

Bahaya percaya pada perkara karut marut ini nabi bersabda



من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة


Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.(Sahih Muslim - no: 2230)


Firman Allah dalam ayat yang di kenali dgn ayat 1000 dinnar


maksud ayat:
kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Kalo kita lihat ayat ni rata rata orang tahu, ramai yang hafal, ramai jugak yang tampal, dan ramai juga yang letak kat kedai untuk menarik pelanggan kononnya, tp malangnya ramai org yang tahu hebatnya ayat ni tp tak tahu isinya, tak tahu isi kandungan ayat tersebut, berharap ingin hidup senang tidak salah tp… ermmm yang salah jika ia tiada usaha dengan sewajarnya, jika kita lihat sahabat-sahabat nabi..mereka tak der nak bubuh2 ayat kat mana-mana tapi mereka amalkan isi kandungan ayat tersebut, di atas keimanan yang teguh dan usaha mereka telah berjaya menjadi agama islam agama yang kuat dan bertammaddun,
jika kita lihat kesan hanya berharap satu keajaiban dengan percaya minum air jampi ustaz tuk jadi pandai, dengan makan makanan tertentu tuk jadi pandai tanpa usaha yang sewajarnya akan memandulkan masyarakat islam..dan masyarakat islam akan menjadi malas dan hanya berharap pada air2 jampi sahaja


Keteguhan aqidah amat penting, sebagai seorang muslim hanya Allah sahaja yang menetukan segalanya.. itu adalah 1 pegangan yang msty cukup jelas kepada semua individu muslim..kepercayaan yang karut marut ini sedikit sebayak boleh menjejaskan aqidah seseorang muslim,dengan mempercayai ada kuasa lain yang mampu menentukan nasib baik dan buruk seseorang itu bergantung pada horoscop tadi akan menjejaskan iman dan kepercayaan kepada Allah.. hanya Allah pemilik mutlak alam semesta ini..semua terjadi di atas iziNYA,

Kesan dari terpengaruh dengan horoscop ini adalah amat besar terutama pada aqidah seseorang muslim itu,apa bila mereka mengetahui nasib mereka di lahirkan mengikut horoscop yang baik dan untung pasti mereka akan kurang dan malas berusaha sbb mereka sudah tahu mengenai nasib mereka, jika sebaliknya horoscop menetukan nasib malang orang itu akan malas untuk berusaha kerana percaya tiada keuntungan jikla di teruskan usaha..
oleh yang demikian islam sebagai agama fitrah menolak perkara ynag khurafat dan kepercayaan yang karut marut ini yang cube meresap dan merosak aqidah ummatnya ..indahnya nikmat islam jika pegangan kita tidak menyeleweng dari ajaran yang sebenar..beruntunglah kita dan kita mesti perlu wajib kekal teras aqidah seorang mukmin
Orang kita juga mempercaya air tanah api angin (mengikut giliran anak yang pertama sehinga ke4)untuk mencari jodoh… nenek2 ckp api tak ley ngan api nnti asyik bergaduh, api kene kawen ngan air, dan mcm2 lagi yang menyerbabkan anak cucu mengabilnyer dan menjadikanya salah satu adapt untuk di jadi sukatan dalam mencari jodoh,

Okey lah next episode arrr cite unsur air tanah api angin dalam memilih pasangan dan artikel "sayang..jom kawin lari" nantikan ...

Related Post



0 komentar:

Ubah Bahasa


English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pengunjung

msn spaces stats

Yang Berkunjung

free counters

Yang Lagi Online

Yang Online Hari ini

Facebook

 

Reader Community

Galery Photo